.quickedit{ display:none; }
Assalamulaikum.wr.wb Selamat datang di blog resmi Majelis Ta'lim Remaja Cinta Sholawat yang di Pimp. As-sayyid Abdul Qodir Bin Al-Imam Al-Hafidz Al-Musnid Al-Qutub Prof DR. Abdullah Bin Abdul Qodir Bin Ahmad Bil Faqih Al-Alawy Ra

2009/11/27

SEBALIK AIDIL ADHA

Salam Hari Raya Aidil Adha...

ALLAHUAKBAR 3X
Alhamdulillah,,syukur kehadrat Allah taala kerana kita masih lagi diberi peluang dan kesempatan menyambut Hari Rayaa Aidil Adha pada kali ini,dan bersyukur juga kehadrat ilahi kerana ana diberi peluang menyampaikan khutbah Hari Raya pada pagi tadi,itu merupakan satu penghargaan buat diri ana dan merupakan medan permulaan untuk ana mengorak langkah lebih jauh lagi..walaupun amanah itu diberikan kepada ana secara mengejut..Hal ini menunjukkan mereka yang bergelar pelajar agama akan sentiasa menjadi tumpuan orang ramai,jadi tidak dapat tidak,kita hendaklah sentiasa bersedia dalam apa jua perkara sekalipun.
Saban tahun kita seluruh umat islam menyambut Hari Raya Aidil Adha.Hari Raya Aidil Adha dari segi pengertian membawa maksud pengorbanan,dengan sebab itulah,apabila tiba hari raya aidil adha,ulamak-ulamak kita seringkali memperingatkan kita tentang peristiwa korban yang berlaku diantara nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Ismail a.s.Maka ada baiknya pada hari ini,bersempena dengan Hari Raya Aidil Adha,kita memperingati kembali kisah pengorbanan keluarga Nabi Allah Ibrahim untuk kita sama-sama mengambil pengajaran dan pengiktibaran sepertimana yang dinyatakan oleh Allah Taala di dalam Firmannya yang bermaksud "dan bacakanlah(wahai Muhammad)di dalam kitab(al-quran)ini perihal Nabi Ibrahim,sesungguhnya adalah ia seorang yang amat benar,lagi menjadi nabi"-(Suroh Al-Maryam:41).

Nabi Ibrahim a.s disifatkan oleh Allah taala sebagai satu ummat,sebagaimana di dalam firmannya yang membawa maksud"Sesungguhnya Nabi Ibrahim adalah merupakan"satu ummat"(walaupun dia seorang diri),dia takut bulat-bulat kepada Allah,lagi berdiri teguh di atas dasar tauhid,dan dia tidak pernah menjadi dari orang-orang yang musyrik"-(Surah Al-Nahl:120).
Kenapakah Nabi Ibrahim disifatkan oleh Allah taala sebagai umat,sedangkan baginda hanya seorang sahaja?Menurut mujahid iaitu salah seorang mufassirin dari kalangan tabi'en,Nabi Ibrahim disifatkan oleh Allah sebagai Ummat kerana pada suatu ketika hanya baginda seorang sahaja yang beriman kepada Allah taala ketika manusia yang lain semuanya berada di dalam kekufuran.Walaupun baginda menyedari betapa sukarnya perjuangan yang dilakukan berkeseorangan,namun dengan penuh tabah baginda menjalankan tanggungjawabnya kepada Allah iaitu mengajak golongan musyrikin pada zamannya termasuklah bapa baginda sendiri supaya meninggalkan penyembahan berhala dan penyembah tuhan yang sebenar iaitu Allah Taala.
Bukan sekadar itu sahaja,malah baginda sanggup berpisah atau memisahkan dirinya daripada kaumnya sendiri dan mengisytiharkan permusuhan dengan mereka semata-mata kerana tidak redha dengan sikap mereka yang tidak mahu beriman kepada Allah Taala dan tetap berada di dalam kekufuran.Pengorbanan beliau inilah yang menyebabkan Allah taala memerintahkan kita agar menjadikan Nabi Ibrahim sebagai contoh tauladan..

Nabi Ibrahim bukan sahaja diperintah oleh Allah taala supaya berkorban tetapi juga isteri serta anaknya.Di dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari di dalam sahihnya,begitu juga diceritakan oleh Ibnu Kathir di dalam kitabnya Kisos Al-Anbia' diceritakan bahawa Nabi Ibrahim diperintahkan oleh Allah supaya meninggalkan isteri dan anaknya Ismail disatu kawasan ditanah arab iaitu yang dikenali sebagai Mekah pada ketika ini.Maka mengembaralah Ibrahim bersama isteri (Hajar) serta anaknya Ismail (yang pada ketika itu masih didalam susuan).Apabila sampai ditempat tersebut,ditinggalkan isterinya (Hajar) dan Ismail bersama dengan satu bekas berisi buah kurma dan sebuah bekas berisi air minuman disatu tempat berhampiran dengan ka'bah(Baitillah)iaitu di bawah sepohon kayu di tepi telaga Zam zam.Ketika itu tidak ada seorang pun penghuni di mekah dan mekah merupakan kawasan yang kering,yang tidak mempunyai air dan tumbuhan langsung.
Setelah melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah (iaitu meninggalkan isteri dan anaknya disitu)Nabi Ibrahim pun membelakangi isteri dan anaknya dan melangkah untuk pulang,tanpa menoleh menoleh kebelakang.Apabila Hajar menyedari bahawa Ibrahim melangkah untuk meninggalkannya dan juga anaknya Ismail,dia mengikuti Nabi Ibrahim sambil bertanya"Wahai Ibrahim!Kemanakah kamu hendak pergi?Adakah kamu hendak meninggalkan kami disatu lembah yang tidak berpenghuni dan tidak ada mempunyai sesuatuapapun?"Hajar bertanya berulang-ulang kali tetapi tidak dijawab oleh Nabi Ibrahim sehinggalah ia bertanya lagi"Adakah Allah yang memerintahkan kamu dengan perkara ini wahai Ibrahim?)Nabi Ibrahim menjawab :"Ya Allah lah yang memerintahkan aku meninggalkan kamu berada disini."
Lalu Hajar seraya menjawab"Kalau ini merupakan perintah Allah,Aku yakin bahawa Allah tidak akan mensia-siakan kami"Kemudian hajar kembali kepada anaknya Ismail dan Nabi Ibrahim meneruskan perjalanan.Setelah berjalan sekira-kira tidak kelihatan oleh ibu ismail(Hajar),maka Nabi Ibrahim menoleh kebelakang menghadap ke arah Ka'bah dan berdoa dengan doa yang termaktub di dalam al-quran,di dalam surah Ibrahim ayat 37 yang membawa maksud"Wahai Tuhan kami!Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat dalam keturunanku disebuah lembah(tanah suci mekah)yang tidak ada tanaman padanya,disisi rumahmu yang diharamkan mencerobohinya.Wahai tuhan kami,(mereka ditempatkan disitu)supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadah).Oleh itu,jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka,(supaya datang beramai-ramai ke situ)dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman,semoga mereka bersyukur.
Daripada kisah pengorbanan keluarga Ibrahim a.s tadi dapat kita kutip beberapa mutiara yang amat berharga dalam kehidupan kita sebagai hamba Allah dan juga sebagai orang yang akan memperjuangkan agama Allah di muka bumi ini.Antara mutiara-mutiara tersebut ialah :

1) Walahu yang mutlak kepada Allah dan Rasul
2) Ketaatan yang tidak berbelah bagi kepada perintah Allah walaupun terpaksa menggadaikan kasih sayang terhadap keluarga dan harta benda yang disukai.
3)Tawakkal kepada Allah dikala senang atau susah
4)Keyakinan yang mutlak kepada Allah.apa yang diperintahkan Allah itu pasti tidak akan merugikan kita walaupun nampak berat untuk dilaksanakan
5)Pengorbanan untuk memperolehi redha Allah,iaitu sanggup mengorbankan apa sahaja termasuklah diri sendiri semata-mata untuk mencapai keredhaan Allah taala.

Wsalam...


Sumber http://rashidjeli.blogspot.com/

0 komentar:

:f :D :) ;;) :x :$ x( :?
:@ :~ :| :)) :( :s :(( :o :a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n: :)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))

Posting Komentar

Berita lain

 

Jama'ah RCS

Pendiri : As-Sayyid Abu Abdillah Bilfaqih

-Habib Ali Bin Agil
-Abdul Basyit
-Ibnul Mubarok
-Zamenk
-Chairulah
-Muhammad Zacky
-Ghodel
-Ivan.Barker
-Joko
-Abdul Syakur
-Hasan
-Soccer
-Luthfi
-Hasan RW
-Deny Alfian
-Bulloh
-Aab
-Ganda
-Enunk

O.G El-Kisa Group Menerima Panggilan Pentas Seperti Acara Resepsi Perkawinan,Sunatan.dll Hubungin Contact Di bawah Ini

Contact Person

Info Panggilan Pentas :

Jabotabek : 0818 0202 4536

Bandung : 0817 200 355

Jawa Timur : 081 8080 27 856

Contact Person (Sayyid Abu Abdillah BLF : 0818 818 215)

make a gif
Tersedia ukuran M,L,XL Untuk info pembelian Hub : Abdul Basyit 081808227010 02196304911 Tersedia ukuran M,L,XL Untuk info pembelian Hub : Abdul Basyit 081808227010 02196304911 Tersedia ukuran M,L,XL Untuk info pembelian Hub : Abdul Basyit 081808227010 02196304911

El-Kisa Group

El-Kisa Group
As-Sayyid Abu Abdillah
O.G El-Kisa Group Menerima Panggilan Pentas Seperti Acara Resepsi Perkawinan,Sunatan.dll Hubungin Contact Person Info Panggilan Pentas : Jabotabek : 0818 0202 4536 Bandung : 0817 200 355 Jawa Timur : 081 8080 27 856 Contact Person (Sayyid Abu Abdillah BLF : 0818 818 215)

Majelis Remaja Cinta Sholawat Copyright © 2009 Template is Designed by Chairulbreaks